Belum Menjadi Ahli?
 
Menu Utama

Login
Username:

Password:

Remember me



Lost Password?

Register now!

Carian

Members Baru
JButeau 2014/7/22
Arellano 2014/7/22
TYGRN 2014/7/21
SMcCleman 2014/7/19
A4598 2014/7/17
EWitcher 2014/6/18
Bungalilin 2014/6/18
ayienepul 2014/6/18
ainisa90 2014/6/17
nanas 2014/6/17


 
   
 
Loading
 
 
 
 

Bulan Ogos dan Minggu Penyusuan Susu Ibu

Posted by mama on 2006/7/29 17:36:41 (4827 reads)
Original ImageBulan Ogos tiba lagi. Tahun ini tema Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu adalah "Pengawasan Kod : 25 Tahun Melindungi Amalan Penyusuan Susu Ibu". Tema kali ini agak panas dan harus direnung oleh semua pihak akan sejauh manakah perlaksanaannya. Telah 25 tahun kod pengawasan ini diluluskan semasa Perhimpunan Kesihatan Sedunia. Namun secara praktikalnya, adakah kesemua garis panduan yang telah ditetapkan dipatuhi dan diamalkan oleh setiap pihak yang terlibat?

Samada wajar ataupun tidak, saya merasa terpanggil untuk mewakili orang awam agar kod pengawasan ini dilaksanakan dan dipantau dengan sempurna. Antara lain, kod ini telah menggariskan beberapa peraturan amalan pemasaran seperti:
- tidak mengiklankan produk gantian susu ibu, botol susu dan puting
- tidak mengedar sampel percuma kepada para ibu
- tidak mengadakan usaha-usaha promosi premis kesihatan, termasuk tidak mengedar bekalan susu formula percuma atau susu yang dibeli pada harga terlalu rendah
- individu dari syarikat pengeluar susu formula tidak boleh menghubungi para ibu secara peribadi
- tidak memberikan hadiah atau sampel percuma secara peribadi kepada kakitangan kesihatan. Kakitangan kesihatan pula tidak boleh mengedarkan sampel-sampel percuma tersebut kepada para ibu.
- label-label produk tidak menunjukkan gambar bayi atau anak-anak kecil mahupun perkataan yang mengagungkan produk susu formula
- Maklumat yang diberikan kepada kakitangan kesihatan mestilah berdasarkan bukti-bukti saintifik
- Sebarang maklumat yang disediakan pada produk gantian susu ibu mestilah menyatakan kepentingan dan kebaikan penyusuan susu ibu dan bahayanya produk susu gantian terutama sekali pada label produk.

Seperti yang ramai sedia maklum, maklumat yang dinyatakan di atas amat sedikit sekali diketahui umum atau diwar-warkan. Adalah wajar pada tahun ini, kita melaungkan kepada setiap lapisan masyarakat akan hakikat sebenar penyusuan susu ibu dan ianya harus diamalkan malah harus dilindungi dari pencabar terdekatnya iaitu SUSU FORMULA!

Jika berpeluang sertailah mana-mana pameran atau ceramah yang dianjurkan oelh pihak berwajib terdekat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai perbincangan tema minggu penyusuan kali ini.

Seperti biasa sambutan penyusuan susu ibu akan diadakan oleh pelbagai pihak. Rata-rata sambutan kali ini dianjurkan oleh kakitangan hospital atau kesihatan baik kerajaan mahupun swasta. Orang ramai dialu-alukan untuk menyertai pelbagai aktiviti yang telah disusun.

Antara aktiviti yang telah dikenalpasti di sekitar Kuala Lumpur adalah:
1. Sambutan minggu penyusuan di Hospital Pakar Damansara dari 7 hingga 12 Ogos, 2006

2. Program bersama SusuIbu.com dan UmmiKuSayang - Im Hip & Fit And I Breastfeed! How to stay healthy and fit while breastfeeding pada 12 Ogos, 2006, 3pm

3. Forum Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2006 di PPUM sempena Majlis Perisytiharan Pusat Perubatan UM sebagai Hospital Rakan Bayi pada 22 Ogos, 2006

4. Majlis Pelancaran Minggu Penyusuan Susu Ibu Peringkat WPKL dan Putrajaya pada 9 September, 2006

Akhir kata, susuilah anak manusia dengan susu ibu manusia, jangan cemarkan sistem penghadaman dan tumbesaran awal anak anda dengan bahan yang tidak perlu lagi membahayakan! Percayalah Susu Ibu adalah yang TERBAIK untuk anak anda sejak dulu, kini dan selamanya!
Printer Friendly Page Send this Story to a Friend Create a PDF from the article
The comments are owned by the author. We aren't responsible for their content.

Author Thread
tini007
Published: 2006/8/3 9:34  Updated: 2006/8/3 9:34
Rakan Arif
Joined: 2005/7/14
From: Shah Alam
Comments: 551
 Re: Bulan Ogos dan Minggu Penyusuan Susu Ibu
Mama,

Buatlah slot khas dlm 'wanita hari ni' atau mhi atau anita-astro atau selamat pagi malaysia untuk cerita pasal kebaikan susuibu ni sebab rasanya audiens utk rancangan ni ramai terutama surirumah di seluruh pelusuk negara- yelah bukan semua surirumah reti guna internet ni- kalau dlm tv , semua rumah insyaallah ada.

selalu kalau saya cuti tgk whi- mmg luas pengaruhnya.atau buat booth join karnival jomheboh gitu utk war2kan pasal susubu ni. sebab dlm media elektronik selalunya susu formula yg dominasi iklan2...tak acilah kan...maybe boleh consult dgn wardina sbb dia pun pengacara whi...

forum2 susuibu selalu tertumpu pd org perubatan atau yg berkaitan dgn bidang kesihatan, kalau saya tak tgk dlm forum susuibu, rasanya saya pun tak tahu forum2 sebegini wujud.

hanya pandangan yg tak seberapa....

Author Thread
mama
Published: 2006/8/3 23:39  Updated: 2006/8/3 23:39
Webmaster
Joined: 2004/3/26
From: Bandar Baru Bangi
Comments: 814
 Re: Bulan Ogos dan Minggu Penyusuan Susu Ibu
Terima kasih atas pandangan tini007. Sebenarnya memang pada 8 Ogos ini akan ada segmen khas dalam Wanita Hari Ini membincangkan tentang Penyusuan Susu Ibu. Dont miss it!

Author Thread
uzerz13332
Published: 2007/8/15 4:07  Updated: 2007/8/24 0:42
Kenalan Baru
Joined: 2007/7/31
From:
Comments: 3
 My ICQ 411509
Thx for this site

Author Thread
sophiane
Published: 2011/5/12 23:28  Updated: 2011/5/12 23:28
Kenalan Baru
Joined: 2011/5/12
From:
Comments: 12
 09b37b68c35724e02f873848a4eafede
2011-05-12_15-32-32 -> 09b37b68c35724e02f873848a4eafede :: 2e2affa37348b8ace72992f20fb http://susuibu.com/?2e2affa37348b8ace72992f20fb,
 
 


Diselenggara oleh
Original Image
Pusat Sokongan Penyusuan Ibu

MBfPC
Original Image

Original Image

Online Shopping
Original Image
Online Shopping!!Visit us today!

Hebatnya Susu Ibu!
Original Image

ALIM Kids Playgroup
Original Image