
Memperkenalkan SusuIbu.My - Laman Komuniti Ibu-Ibu Menyusu
Pada 4 Ogos 2012, sempena Minggu Penyusuan Ibu Sedunia 2012, dengan rasminya laman komuniti ini dikenali sebagai SusuIbu.My, sebagai sebahagian dari penjenamaan semula SusuIbu.Com sebagai “Pusat Sokongan Penyusuan Ibu SusuIbu.com“. SusuIbu.My akan meneruskan peranannya sebagai pusat komuniti penyusuan, manakala SusuIbu.Com akan meletakkan fokus yang lebih tinggi lagi pada perkhidmatan sokongan, kaunseling, latihan, dan kursus-kursus penyusuan ibu secara profesional, dengan melancarkan beberapa siri perkhidmatan penyusuan yang mendepani cawangannya di seluruh negara. Kami berharap dengan penjenamaan semula ini, nilai dan prinsip asas kami, serta pengalaman yang kami perolehi dapat dikongsi bersama dengan lebih baik lagi, khusus untuk ibu-ibu menyusu di seluruh negara.